Aku & Sebuah Cinta



Assalamualaikum/ salam sejahtera,

Syukur terhadap Ilahi kerana aku masih diberi kesihantan dan rezeki tanpa disangka.

   2018 bakal berakhir tidak lama lagi, terdapat banyak kisah dalam perjalanan aku kali ini yang bakal aku kongsikan. Tujuan aku, bukanlah untuk membuka aib sediri atau seseiapa, tapi lebih kepada luahan hati yang selama ini terpendam. Semoga cerita aku ini dapat dijadikan tauladan atau pun semangat buat mereka yang senasib dengan aku. Jika ada yang sudi beri pendapat atau nasihat amat la dialu- alukan.

    Alkisah hidup aku bermula sejurus aku ditimpa dengan peristiwa hitam yang terus-terus mempengaruhi kehidupan aku. Walaupun sudah lama berlalu, aku masih mencari kekuatan, semangat dengan keadaan aku yang serba kekurangan ini. Bukan mudah untuk dapatkan keyakinan tersebut dalam diri. Aku juga pernah hilang pertimbangan dan membuat percubaan untuk membunuh diri kerana aku rasa takut untuk mengahadapi masa depan. Tapi alhamdullah aku berjaya di selamatkan dan diberi kaunseling dan nasihat. Aku berjaya servive dengan keadaan tersebut sehingga kini.

     Aku mencuba untuk mencari kebahagian hidup , berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Aku yakinkan diri bahawa aku pun layak untuk bahagia seperti yang lain. Hubungan yang terjalin dengan penuh impian dan harapan seringkali berakhir dengan perpisahan. Aku terlalu percaya dengan janji-janji mereka sehingga aku tewas dengan pujuk rayu mereka dan akhirnya aku ditinggalkan dengan alasan yang selamat "Jodoh itu milik Allah". Ye betul, tapi perlu la usaha dahulukan. Selain itu, alasan kewangan..." hantaran tinggi la", "kenduri nak pakai duit banyak la"....macam-macam lagi. Jika tiada persediaan ke arah tersebut, kenapa disentuh hati ini dengan impian dan harapan dan akhirnya ditinggalkan. Mencuba belum terus buat semua andaian tersebut.

    Dan sehingga ke tahun 2018, perkara yang sama berlaku. Putus lagi....perasaan aku yang setiasa mengharapkan seseorang lelaki untuk menjadi pelengkap hidup aku. Aku rasa amat terhina dengan kata-katanya. Lebih kurang setahun kami meghabiskan masa bersama, susah senang usaha bersama. Tapi perpisahan tersebut tetap berlaku. Mungkin ini lah takdir perjalanan hidupku untuk mencapai kebahagian. Kali ini aku menyedari bahawa, aku tidak perlu berharap pada kata-kata, janji-janji seorang lelaki kecuali lelaki tersebut halal buatku. Aku tidak akan merayu atau menghambakan diri lagi pada cinta yang tidak halal buatku. Aku ikhlas untuk maafkan semua kesakitan yang mereka berikan untuk aku kerana dari kesakitan , kesedihan ini la menjadi semangat yang baru buatku untuk terus melangkah.

    Aku memilih untuk mengejar cinta Ilahi untuk menuju ke Jannah, ins sya allah. Di sana nanti tiada lagi air mata kesedihan, kekecewaan dan aku akan dapat semua kebahagian yang aku impikan disana... aminn... Aku mulai dengan membersih hatiku dengan Zikir, istifar, membaca Al-Quran dan terjemahan serta mengiklaskan hatiku untuk meredhai semua yang berlaku dalam hidupku. Hanya padaNya la tempat aku sandarkan segala harapan. Semoga aku kekal beristiqamah dalam perjalanan sekali ini. Aku akui bukan mudah melakukan semua ini dan adakalanya aku tewas juga dengan bisikan hati dan permikiran yang negative. Aku masih perlukan sokongan keluarga dan sahabat sejati untuk terus memberi sokongan dan nasihat dalam perjalanan ini.

  Aku juga tengah belajar-belajar tentang perniagaan, aku mula dengan menjadi dropship barangan dan pakaian baby. Ini pun merupakan salah satu cara aku untuk penuhi waktu lapang, supaya aku tak megalamu melayan emosi yang negative. Dengan berniaga juga mengajar aku tentang kesabaran, ye la bukan bila kita siarkan produk orang terus setuju untuk membuat pembeliankan. Buat masa sekarang aku cuba untuk upload semua produk yang berpontensi dalam page fb https://www.facebook.com/ChintaBabyCute/. Selain itu aku juga tegah belajar tetang Shopee..untuk permulaan belajar sendiri ja dulu. Rupanya dah banyak aku ketinggalan dalam teknologi, aku dah banyak lepaskan peluang. Ins sya allah ... tidak untuk kali ini. Semoga kegagalan lalu dapat mengajar aku untuk mencapai kejayaan mendatang..aminn..


27 Dec 2018


      Entah kenapa hatiku rasa sedih sangat bila dia update status mengenai perasaan entah la untuk siapa status tersebut. Mesti hampa tertanyakan kenapa aku masih berhubung dengan dia? siapa dia?..   Sejak dari itu, aku mula rapat dengan EN.F, pada mulanya sebagai kawan. Banyak nasihat dan teguran dia pada aku. Segala masalah kami berkongsi dan mencari jalan penyelesaian bersama. Dari situ aku mula menaruh perasaan kepadanya dan tidak sangka pula dia pun meluahkan perasaan dia padaku. Kami je yang tahu tentang perasaan ini kerana masing-masing mahu merahsiakan dari pengetahuan yang lain. Kami tergelam dengan perasan kami sehingga la satu hari masing-masing menyedari tetang kesilapan tersebut dan mencuba untuk elak dari terus berlaku. Kami bersepakat untuk berubah dari panggilan yang sweet kepada saya dan awak. Aku jadi keliru, apa sahaja aku lakukan membuat dia marah padaku. Ingat lagi ayat dia lontarkan kepadaku "awak tak nampak lagi ka apa yang saya buat nie sebab saya sayang kat awak"..dan banyak lagi ayat seumpama itu. Aku jadi keliru adakah benar kata-katanya, aku cuma inginkan kepastian. Dalam masa yang sam a dia juga buat aku cemburu bila dia bercerita tentang wanita lain, pernah juga aku tengak DP phone dia gambar perempuan lain. Aku tak tahu siapa sebenarnya aku di hati dan mata dia. Aku tidak bertanya lanjut kepadanya kerana aku tidak mahu dengan pertanyaan tersebut akan membakar api kemarahan dia.

Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya".


   Masalah ekonomi yang EN.F alami semakin bertambah dan aku tetap membantunya kerana aku kesihan pada dia. EN.F juga bukan seorang yang berputus asa, dia terus berusaha sehabis baik untuk ubah masalah ekonomi dia. Aku membantu kerana dia memerlukan bantuan dari aku. Aku letakan sepenuh kepercayaan dia dan aku yakin dia seorang yang bertanggungjawab. Masa terus berlalu tetapi hati aku tetap menyanginya walaupun macam-macam dah berlaku. Aku terus berfikir positif tetang dia , tentang perasaan dia kepadaku, bagi aku keadaan sekarang mungkin tidak sesuai untuk bincangkan soal hati. Pada pengakhir tahun 2018, akhirnya aku dan dia sekali lagi bergaduh dan ketika itu aku telah menyoal tentang perasaan dia pada aku.



Biarlah aku kenalkan dia sebagai EN.F, dilahirkan pada tahun 19++, asal dari negeri bersejarah. Aku mengenali dia ketika program di sebuah sekolah  dan ayat pertama yang aku masih ingat pada pertemuan pertama tersebut ialah " saya nak kawen dengan orang seperti awak"... Ketika itu kami sekadar kenalan kerana ketika itu aku milik seseorang atau pun lebih senang EN.Y dan juga kawan kepada beliau. Dalam bulan Febuari 2018, aku putus dengan EN.Y setelah setahun kerana beliau gagal untuk memenuhi janji untuk menikahi aku dan tiada langsung usaha ke arah tersebut. Kesedihan berpisah dengan EN.Y tidak la terkesan kerana aku telah bersiap sedia dari awal, cinta bersyarat macam itu. Tapi sangkaan aku betul apabila EN.Y terus je biarkan aku seperti yang lain, takder cubaan untuk membetulkan keadaan.




"Kalo awk nk ckp pasal hati dan perasaan mmg sy xde perasaan ape2 n blm masa nya lg utk sy memiliki perasaan tu. Sebb sy byk tanggungjawab n hutang yg perlu diselesaikan.dgn mak tenat nya lg.awk xingt semua tu.sikit pon xde tanya pasal mak sy.tp xpe..sebb bnde tu xpenting.tp klo bab hati dan perasaan sy xnk komit ape2 lg.sebb sy byk tanggungjawab yg perlu diselesaikan n hutang yg perlu diselesaikan".



   Perasaan aku dihiris-hiris, ketika itu aku rasa bodoh sangat kerana percaya pada kata-katanya. Terasa terhina dan teraniaya sangat, dengan pengakuan tersebut. Dengan apa yang telah berlaku sebelum ini. Ya Allah... apakah yang aku harus lakukan..menangis sampai kering air mata. Kepada Allah swt la tempat aku mengadu segala rasa. Aku tidak boleh terus melayan perasaan sedih tersebut. Aku harus kuat untuk menghadapinya. Penggalam hitam dahulu telah menjadi kekuatan untuk aku untuk terus melangkah walau apa pun berlaku. Yang penting aku perlu memperbaiki sikap dan kekurangan aku sendiri dan bukan terus menyalahkan.

 "Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagiaan kita. Ada kalanya setelah kita miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai bila-bila, ada kalanya menjadi hitam dan menyusahkan"

   Dengan mengiklaskan segalanya, hidup aku lebih indah. Tidak guna aku terus genggam EN.F dengan perasaan aku padanya dan akhirnya aku sendiri yang terluka pedih. Aku melepaskanya tanpa dendam kerana itu aku masih berkawan denganya. Aku tidak perlu melarikan diri kerana aku sendiri akan tersiksa dengannya. Ini adalah takdir yang tertulis untuk aku dan pasti ada hikmah disebalik semua kesedihan yang berlaku pada perjalanan kali ini. Aku mengenali erti sebernarnya sabar, redha dan tawakal dengan setiap yang telah berlaku.

   Satu perkaraan yang perlu aku lakukan adalah terus mencari Rahmat dan Kasih Sayang Allah. “Ya Robb kami, janganlah Engkau gelincirkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau lah Maha Pemberi Kurnia.” (Surah Ali-Imran : ayat 8).






28 DEC 2018

   Pagi ini entah kenapa fikiran negative menggangu jiwaku. Kenapa aku masih rasa terhina sangat dengan diri aku. Aku memikirkan tentang pandangan dia terhadap aku, mesti dia ingat aku nie senang-senang je untuk menyerahkan segalanya. Mesti dia....emmm. Ya Allah.. jauhilah aku dari terus berfikiran negative macam ini kerana ia akan mematahkan semagat aku untuk terus melangkah. Biar la apapun pandangan dan penilaian manusia terhadap aku. Aku akui apa yang berlaku adalah satu kesilapan yang perlu dihentikan, cuma satu hal yang pasti adalah tentang perasaan aku terhadap dia. Jika aku tidak mampu memberi kebagian kepada dia, cukuplah bagi aku untuk melihat & mendoakan semoga dia mencapai impian dan kebahagian dia bersama insan yang dia pilih. Untuk aku hanya berdoa dan berharap akan ada satu keajaiban yang berlaku dalam perjalanan aku ini. 

15 JAN 2019

   Tahun baru, azam baru....tapi aku masih terus dihimpit dengan perkara-perkara lepas. Jika diberi pilihan ingin sahaja aku pergi jauh-jauh dari semua. Mulakan hidup yang baru, tetapi masih ada perkara yang masih terikat antara aku dan dia. Dan akibat perkara itu juga la keluarga aku pun menjauhi aku. Sekarang aku tiada tempat untuk mengadu, untuk bergelak tawa. emmm...semoga penderitaan ini akan berakhir..

  ehhhh tak boleh-boleh macam ni....kena kuat ...kena kuat....tiba-tiba rasa nak naik tempat yang tinggi dan jerit sekuat hati aaarrrrrrrrr......hidup mesti diteruskan walaupun pahit, perit...yang hadir dalam hidup. Padamkan semua kenangan, segala rasa rindu & sayang ini. Terima kenyataan bahawa dia bukan jodoh untuk aku...

  Tidak perlu lagi untuk aku memulakan/ mencari sebuah perhubungan yang baru untuk aku padamkan segala rasa cinta ini... biar la takdir menentukan segalanya. 
  
25 MAC 2019
  Pengakhiran Mac yang buat aku rasa down sangat. Aku ingat aku dah kuat hadapi semua perihal hati dan perasaan. Tetapi tetap airmata bercurah-curah mengalir bila aku dapat tahu dia betul-betul sudah bertunang. Alkisahnya aku cuma melawak je dengan kirim emoji flying kiss melalui whsapp dan dari situ la aku baru tahu status dia..si tunang salah faham dengan emoji tersebut. Demi Allah ...kalau aku tahu statusnya dari awal tidak la aku hantar emoji macam itu. Semua rasa terkumpul dalam satu waktu....terkejud "oopocot", kecewa "ahuhuhu" dan rasa serba salah "ermmmm" apabila si tunang ingin putuskan pertunangan mereka. Aku akan ok jika dia maklumkan pada aku awal-awal tentang pertunagan dorang, aku tidak perlu perasan sendiri terhadap layanan dan sikap ambil berat dia terhadap aku. emmm sekarang aku cuma harap dia berusaha untuk selamatkan perhubungan tersebut dan aku pula terus mencuba positivekan diri dengan meredhai kehendak takdir serta terus berdoa agar aku dijodohkan dengan seorang yang ikhlas menerima dan mencintai aku kerana Allah. Bersabar adalah kunci kepada kebahagian....

11 JULY 2019
   Sampai di sini sahaja dapat aku ceritakan tentang sebuah episod cinta aku dan F. Apa pun takdir yang tertulis antara kami, aku redha dan menerima dengan hati terbuka. Aku terlalu mencari cinta manusia sehingga aku jauh dari cinta Allah. Kini aku sedar dan doakan aku kuat dengah istiqomah dalam mencari cinta Allah swt. Doakan aku ye....terima kasih kerana sudi mendengar luahan aku yang tah apa2 ini. hehehehe...

Assalamualaikum.

-tamat-

0 comments:

Post a Comment